Wednesday, March 10, 2010

Hospital Kerajaan tak cukup katil???

Bunyi macam pelikkk jer kan? Ada ke hospital kerajaan tak cukup katil pesakit...
Haaa, inilah dia gara-gara pengumuman Kerajaan semalam yang mengesahkan caj wad untuk penjawat awam dan pesara kerajaan dimansuhkan bermula 1 April nanti. Raden percaya penjawat awam semua tersenyum jer bila dengar pasal mansuh bayar-bayar nih!

Yang lebih menarik tertariknya bukan mereka jer, keluarga dan kedua ibu-bapa kandung pun termasuk senarai free bayaran wad. Berminat pulak Raden nak tanya, penjawat awam semua gembira ker dengan perkhabaran ini? Atau adakah anda rasa ini hanyalah sekadar picisan yang 'jika ada tidak mengapa, jika tiada pun alhamdulillah'? sebab sebelum ni pun bayaran kat hospital kerajaan memang 'lain' untuk penjawat awam jika dibandingkan dengan orang-orang biasa.

Tapi telinga Raden nih jadi bengkak bila dengar suara-suara yang tak puas hati bercakap kenapa warga swasta tak masuk senarai? Bukan semua rakyat Malaysia ni kerja 'gomen' pun. Orang-orang swasta bukan rakyat Malaysia ker? Heiii...Siapa yang nak jawab nih??

Pemansuhan bayaran wad


Kerajaan hari ini telah mengumumkan akan memansuhkan bayaran wad bagi penjawat awam dan pesara Kerajaan yang mendapatkan khidmat kesihatan di hospital kerajaan berkuat kuasa 1 April ini.

Kira-kira 1,253,026 penjawat awam yang masih berkhidmat dan juga 528,583 pesara yang akan mendapat faedah daripada pengumuman baru kerajaan.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam, pemansuhan itu melibatkan anggota keluarga dan juga ibu bapa mereka.

"Bagi pesara ia hanya tertakluk kepada penerima pencen iaitu isteri serta anak-anak dan tidak melibatkan ibu bapa" katanya dalam satu pertemuan dengan kakitangan awam di Putrajaya semalam.

Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

Akukah yang bersalah... 3

Sepanjang perjalanan pulang Riya hanya memikirkan kata-kata Hadi.
"Saya rasa kita dah tak boleh bersama lagi, saya dah muktamad dengan keputusan dan saya nak putuskan pertunangan kita.."
Tut..tut..tut, talian diputuskan sebelum telefon Riya terjatuh.
"Ya Allah, apalah salah ku, tunjukkan lah pada ku Ya Allah di mana silapnya agar aku tidak kecewa dengan ketentuanmu Ya Allah".. hati Riya merintih.
Jam menunjukkan angka 9.30 pm, mungkin ada peluang untuk Riya membetulkan keadaan mereka.
"Tuut tuut, tuut tuut, tuut tuut"....talian tidak berjawab. Riya mencuba lagi tetapi hampa kerana masih tiada jawapan walaupun setelah lima kali mencuba.
"Ah, telefon mak lah, tak tidur lagi kut.."
"Assalamualaikum Riya....dah makan ke, nak balik ke hujung minggu ni?"riuh suara Mak Jah bertanya sebelum sempat Riya Memulakan perbualan.
"Waalaikumussalam, alah mak ni bukannya nak tanya khabar Riya sihat ke tak..tanya nak balik ke tak ajer mak ingat ya..."sambil tersenyum Riya berseloroh dengan ibunya...
Bersambung

Tuesday, March 9, 2010

Akukah yang bersalah...2

Fikiran melayang tak dapat ku tumpukan perhatian sepenuhnya ketika mengajar di kelas 3B. Agaknya kenapa dia nak putuskan pertunangan kami? Apa dah aku buat sehingga melukakan hatinya? Bosankah dia menunggu aku?? Ataupun mungkin kerana berjauhan aku makin dilupakan??
"Tapi tiap-tiap hari aku text dan kadang-kadang call dia...Issh senak lah kepala ni duk pikir jer.." sedang asyik merenung kertas jawapan pelajar ku, tetiba ada tangan yang menepuk di bahuku. Kusss semangat cikgu Muna rupanya.
"Apasal?? Macam frust jer?"
"Takde apalah aku ngantuk agaknya.."
Cikgu Muna tersenyum sambil menggeleng kepalanya.. " Aku tahu Riya, jangan kau nak sembunyi dari aku".
Aduh!!! Tahu ajerla dia nih..
"Biarla Muna nanti aku settle la..
"Apa sebenarnya yang jadi Riya? Takkan la sampai kau haru macam ni? Aku tahula kau dengan Hadi ada masalah tapi takkan tak boleh selesai?"
Aku hanya tersenyum dan memejam mata memikirkan kata-kata Muna.
Bersambung...

Akukah yang bersalah?

Hari berlalu bagai air yang mengalir laju tanpa ada sekatan. Begitu jua apa yang ku rasa saat ni betapa pantas dan derasnya masa yang berlalu pergi hingga aku lupa aku kini di ambang perpisahan...atau mungkin masih ada peluang buat kami.

Fikiran melayang terus terimbau kenangan lalu. "Agaknya memang ni lah takdir kita" katanya.
Menyesalkah dia kerana bertemu dengan ku?

Jam menunjukkan angka 8 pg, aku begitu kalut kerana telah terlewat bangun pg Isnin ni... apalah nasib terlupa nak set alarm sebelum tido. Dalam kekalutan ke sekolah,
" Ku rebah di dada malam, memecah dendam yang lama diam, ku tanggalkan baju dunia... dakapku de.." aku terus menjawab telefon ku yang telah lama ku biar berdering.

Prap!! Telefon ku jatuh di bawah kaki ketika aku terkejut kerana brek kecemasan keretaku.
Apakah benar apa yang ku dengar??? Kenapa? Apa salah aku??
bersambung......

Monday, March 8, 2010

Bean oo bean



(U)Untuk tontonan umum...sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Penat2 korang tengok handbag, meh sini tengok Bean plak! Saje suka2

Mari Mari Mari... Jom shopping handbags murah-murah.


Inilah dia rupanya kalau anda rajin nak shopping... Cantik kan handbag Prada ni? Anda tak teringin ker? Apa lagi jomlah.....

Banyak lagi pilihan yang akan anda dapat dalam blog saya...Juz click canderakirana.blogspot.com


Nak lagi??? Adeeeerrrr... Rajin-rajin la yer tekan jejari anda, tak susah pun....search jer terus jumpa!! Tak cayer??? Trylah! ;-)
Prada A002 (purple) Coach