Wednesday, March 10, 2010

Pemansuhan bayaran wad


Kerajaan hari ini telah mengumumkan akan memansuhkan bayaran wad bagi penjawat awam dan pesara Kerajaan yang mendapatkan khidmat kesihatan di hospital kerajaan berkuat kuasa 1 April ini.

Kira-kira 1,253,026 penjawat awam yang masih berkhidmat dan juga 528,583 pesara yang akan mendapat faedah daripada pengumuman baru kerajaan.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam, pemansuhan itu melibatkan anggota keluarga dan juga ibu bapa mereka.

"Bagi pesara ia hanya tertakluk kepada penerima pencen iaitu isteri serta anak-anak dan tidak melibatkan ibu bapa" katanya dalam satu pertemuan dengan kakitangan awam di Putrajaya semalam.

Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

No comments:

Post a Comment