Tuesday, March 9, 2010

Akukah yang bersalah?

Hari berlalu bagai air yang mengalir laju tanpa ada sekatan. Begitu jua apa yang ku rasa saat ni betapa pantas dan derasnya masa yang berlalu pergi hingga aku lupa aku kini di ambang perpisahan...atau mungkin masih ada peluang buat kami.

Fikiran melayang terus terimbau kenangan lalu. "Agaknya memang ni lah takdir kita" katanya.
Menyesalkah dia kerana bertemu dengan ku?

Jam menunjukkan angka 8 pg, aku begitu kalut kerana telah terlewat bangun pg Isnin ni... apalah nasib terlupa nak set alarm sebelum tido. Dalam kekalutan ke sekolah,
" Ku rebah di dada malam, memecah dendam yang lama diam, ku tanggalkan baju dunia... dakapku de.." aku terus menjawab telefon ku yang telah lama ku biar berdering.

Prap!! Telefon ku jatuh di bawah kaki ketika aku terkejut kerana brek kecemasan keretaku.
Apakah benar apa yang ku dengar??? Kenapa? Apa salah aku??
bersambung......

No comments:

Post a Comment