Tuesday, March 9, 2010

Akukah yang bersalah...2

Fikiran melayang tak dapat ku tumpukan perhatian sepenuhnya ketika mengajar di kelas 3B. Agaknya kenapa dia nak putuskan pertunangan kami? Apa dah aku buat sehingga melukakan hatinya? Bosankah dia menunggu aku?? Ataupun mungkin kerana berjauhan aku makin dilupakan??
"Tapi tiap-tiap hari aku text dan kadang-kadang call dia...Issh senak lah kepala ni duk pikir jer.." sedang asyik merenung kertas jawapan pelajar ku, tetiba ada tangan yang menepuk di bahuku. Kusss semangat cikgu Muna rupanya.
"Apasal?? Macam frust jer?"
"Takde apalah aku ngantuk agaknya.."
Cikgu Muna tersenyum sambil menggeleng kepalanya.. " Aku tahu Riya, jangan kau nak sembunyi dari aku".
Aduh!!! Tahu ajerla dia nih..
"Biarla Muna nanti aku settle la..
"Apa sebenarnya yang jadi Riya? Takkan la sampai kau haru macam ni? Aku tahula kau dengan Hadi ada masalah tapi takkan tak boleh selesai?"
Aku hanya tersenyum dan memejam mata memikirkan kata-kata Muna.
Bersambung...

No comments:

Post a Comment