Wednesday, March 10, 2010

Akukah yang bersalah... 3

Sepanjang perjalanan pulang Riya hanya memikirkan kata-kata Hadi.
"Saya rasa kita dah tak boleh bersama lagi, saya dah muktamad dengan keputusan dan saya nak putuskan pertunangan kita.."
Tut..tut..tut, talian diputuskan sebelum telefon Riya terjatuh.
"Ya Allah, apalah salah ku, tunjukkan lah pada ku Ya Allah di mana silapnya agar aku tidak kecewa dengan ketentuanmu Ya Allah".. hati Riya merintih.
Jam menunjukkan angka 9.30 pm, mungkin ada peluang untuk Riya membetulkan keadaan mereka.
"Tuut tuut, tuut tuut, tuut tuut"....talian tidak berjawab. Riya mencuba lagi tetapi hampa kerana masih tiada jawapan walaupun setelah lima kali mencuba.
"Ah, telefon mak lah, tak tidur lagi kut.."
"Assalamualaikum Riya....dah makan ke, nak balik ke hujung minggu ni?"riuh suara Mak Jah bertanya sebelum sempat Riya Memulakan perbualan.
"Waalaikumussalam, alah mak ni bukannya nak tanya khabar Riya sihat ke tak..tanya nak balik ke tak ajer mak ingat ya..."sambil tersenyum Riya berseloroh dengan ibunya...
Bersambung

2 comments:

  1. Minat novel ker Raden?? eMan pon minat juga.. Minat sesgt n gileer. Pantang ada novel best, pasti d-rembat.. nanti bolehlah kita kongsi2kan sama2 yeer..(^_^)v ~pesss..

    ReplyDelete
  2. lol...Minat sangat la novel dolu2 asyik baca novel x mkn xper... Kalau camtu eMan kena jd follower lah kalu nk ikut siri 'akukah yang bersalah.."

    ReplyDelete